BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 27, 2008

PEROMPAK MALANG! - (hahaha)

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: Mereka melepaskan 10 das tembakan dalam tempoh kurang 10 minit sebaik seorang pengurup wang memindahkan beg pakaiannya ke troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, semalam.

Dengan memakai topeng, tiga lelaki yang masing-masing bersenjatakan pistol pantas melepaskan tembakan rambang ke arah van keselamatan, jalan raya serta pintu kaca sebelum merampas sebuah beg yang disangka mengandung wang tunai RM1.9 juta milik mangsa.

Tembakan itu juga mengenai paha dan perut pengurup wang berkenaan.

Sebelum itu, pengurup wang terbabit tiba di balai pelepasan LTABL dengan menaiki sebuah kereta Volvo bersama van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM1.9 juta.

Tiga suspek keluar dari sebuah kereta Toyota Harrier manakala seorang lagi menunggu di kereta.
Mangsa yang berusia 59 tahun dalam perjalanan menaiki pesawat ke Singapura.

Bagaimanapun, perompak terbabit berputih mata apabila beg yang disangka mengandungi wang tunai terbabit hanya beg pakaian milik mangsa.

Pegawai Perhubungan Media Polis negeri, Superintendan Shahron Anuar Abdul Latif, berkata suspek melepaskan 10 das tembakan ke arah van keselamatan, jalan raya serta pintu kaca lapangan terbabit terbabit.

Katanya, mangsa turut terkena tembakan pada paha dan perut.

“Suspek kemudian melarikan diri membawa sebuah beg yang disangka mengandungi wang RM1.9 juta ke arah tidak diketahui. Bagaimanapun, siasatan mendapati beg terbabit hanya mengandungi pakaian mangsa.

“Akibat gagal dalam cubaan merompak itu, suspek meninggalkan kereta dinaiki di kawasan lapang di sebuah taman di Bayan Lepas, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Beliau berkata, kereta yang ditinggalkan itu tiada nombor casis dan tidak diketahui sama ada ia kereta curi atau sebaliknya.

0 comments: